You and Me Forever

Lelaki zaman sekarang ^_^










Assalammualaikum .

Hai kawan kawan . Buat apa tu ? Hari ni nak ceritakan tentang lelaki . Cehh macam tahu saja tentang lelaki ni . Sekarang susah nak cari lelaki yang sayang kita tahu tak . Sesetengah lelaki memang suka merosakkan anak dara orang , Ada pula yang suka mainkan perasaan perempuan dan ada juga yang suka kan perempuan itu kerana taruhan . Lelaki sekarang macam macam jenis tahu . Kalau dapat lelaki yang baik memang susah . Kita perempuan kena lah cari yang elok sikit atau pun biar kan lelaki itu cari kita betul tak ? Ishh ish ish !

Tapi kebanyakkan rupa lelaki macam orang jahat tu lagi baik tahu . Sebab ye tengok rupa memang tak berapa nak ada tapi bila kenal baru tahu betapa baiknya diri ia :) Setengah lelaki yang handsome ni suka pasang banyak awek sebab dia tahu dia handsome itu sebab dia buat macam tu . Tapi ada juga lelaki yang tak berapa nak handsome buat macam tu . Eh , jangan buat orang macam tu tahu , tak baik ! Tahu lah lelaki boleh pasang sampai empat sekali pun , tapi pandai pandai lah jaga kan ! Jangan mainkan perasaan perempuan . Perasaan perempuan ni lembut tahu . Biar garang macam mana pun hati perepmpuan memang lembut .

Selain itu , ada juga lelaki yang kaya tapi rupa tak ada ramai perempuan suka sebab kan duit dia . Kalau aku tak ada makna nak terima dia . Cinta tak boleh beli dengan duit dan harga diri , memang tak boleh di beli . Betul tak apa yang aku cakap ? Nak bagitahu dekat lelaki yang suka beli cinta guna duit ini tolong lah jangan amalkan ok . Kalau orang tu tak nak jangan nak paksa pula . Kamu akan tahu kenapa dia tak nak menerima kamu .

Bukan nak kata lelaki itu semua jahat . Bukan ! Ada yang baik sangat dan ada juga yang baik sampai tak boleh nak lupakan . Jahat jahat macam mana pun ada yang baik tentang diri dorang . Lelaki bukan jahat tapi dorang tak tahu nak bawak diri dorang ke tempat yang sepatut ye . Tapi sekarang ni aku tengok lelaki semua ok . Dorang pandai jaga gf dorang . Aku suka tengok orang yang dah lama couple sweet :)

Tapi kalau nak cari pasangan biar lah saling memahami satu sama yang lain dan sabar menerima cabaran . Hubungan korang mesti kekal . InsyaAllah ! Jodoh di tangan Allah S.W.T kita mampu merancang Allah S.W.T yang menentukan :) Betul tak ? Kita banyak banyakkan berdoa yang terbaik untuk kita . InsyaAllah :) Ok lah panjang sangat karangan aku ni . Huhu ! Korang mesti dah penat membacanya . Tapi ni lah tentang lelaki zaman sekarang . Bukan nak cakap lelaki saja perempuan pun ada macam ni tapi sesetengah saja . Bukan semua lelaki macam ni hanay sesetengah saja . Sesetengah itu lah yang boleh memburukkan nama LELAKI dan PEREMPUAN .


Tapi kepada lelaki yang pernah di kecewakan oleh perempuan jangan lah nak buat dekat perempuan lain yang mencintai diri anda . Yang lepas biarkan ia lepas dan kepada perempuan pun sama jangan mainkan perasaaan lelaki ni . Dorang lain sikit . Huhu ! Itu saja lah nasihat yang tak seberapa ni . Huhu ! Kepada yang couple tu tahan kan lah hubungan korang supaya kekal kawin dengan sah hingga ke anak cucu cicit dan ke akhir hayat . InsyaAllah :) Aku suka tengok orang couple sweet . Aku buat post ni saja saja . Bukan nak buruk kan siapa siapa tapi ini adalah kenyataan dan post ini saja yang terlintas di kotak fikir aku . Ok lah aku sayang kamu semua . Aku sayang kawan kawan aku .
I LOVE YOU GUYS :)


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post