You and Me Forever

Tentang perasaan aku ^_^
Assalammualaikum semua .

Apa khabar semua ? Sihat ke ? Alhamdulillah penyakit aku dah sembuh . Ishhh macam sakit sangat saja . Korang tak rasa lagi memang sakit ohhhhh . Aku tak tahu nak cerita macam mana lagi . Oppsss lupa pula nak bagi tahu . Buat masa ni aku boleh buat post yelah ada mood ni . Kalau tak ada mood nak buat mesti tak jadi punya . Ok Mood aku sudah datang ni . Jadi aku nak tulis panjang panjang .

Pasal huruf A : Aku minta maaf lah sebab buat kau benci aku . Aku terpaksa buat semua tu . Aku buat semua ni pun ada sebab tahu . Aku happy tengok kau happy . Kau nak tahu perasaan CEMBURU aku dekat kau masih ada lagi tahu . Aku buat kau benci sebab aku tak nak kau datang balik dekat aku . Sudah cukup aku buat kau menderita . Kau nak tahu ? Masa kau menghilangkan diri tu aku ingat kita couple lagi , jadi aku tunggu kau . Tunggu punya tunggu kau sudah ada relationship dengan orang lain . Wahhh , Hancurnya perasaan aku ni . Memang hancur sekali . Sejak itu aku rasa macam diri aku ni tak di hargai . Tak apa lah lupa kan saja lah . Aku benci semua ni berlaku . Maaf kan aku buat kau membenci aku . Aku terpaksa A .....

Ada benda kita boleh tipu dan ada benda kita tak boleh tipu . Maksudnya hati dan perasaan kita , Kita tak boleh nak tipu semua tu . Kalau kita sayang kan seseorang itu , itu lah yang kita sayang tak ada gantinya . Maksud tipu pula ialah kebanyakkan orang yang penipu adalah masa bercinta . Dia cakap dekat gf / bf dia lain yang terjadi di luar lain . Kita tak boleh amalkan nanti semuanya lari . Biar sakit kerana jujur dari sakit kerana menipu . Betulkan apa yang aku cakap ?

Haiiiiii , Air mata aku dah habis aku dah tak boleh nak nangis . Aku hanya mampu redha saja . Sebab ni yang aku nak , ni keputusan aku jadi aku kena terima semua ni . Aku minta maaf kepada semua orang yang pernah aku menyakiti . Perasaan aku hanya untuk A sekarang  .


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post