You and Me Forever

Satu hari bersama Dia ^_^
Assalammualaikum semua,
Hai hai hai, Nak tahu tak? Hari ni hari RABU kan [ 7 mac 2012 ] . Aku keluar bersama Azrul Idham. Aku suka sangat keluar dengan dia hari ni. Dia sweet sangat tahu, dia faham aku [ dia tak suka ambil kesempatan ] tak  macam lelaki yang lain. Huhu! Dia suka sangat risau tentang aku. Nak kena hujan sikit pun dah risau bukan ye kena api pun kan. Alaa orang dah sayang macam tu lah. Sebab tu aku sayang dia dan banyak lagi sebab aku minat dia. Sebab dia sayang sangat sangat dekat aku ni pun satu lagi sebab. Huhu !  

Hari ni kita orang jalan jalan ipoh. Satu hari dia belanja aku nak tahu dia belanja apa? Tengok lah dekat atas tu gambar apa! Dalam gambar tu ada POOH , NOVEL , dan  DONUTS BIG APPLE. Ok macam ni ceritanya mula mula pergi J.JUSCO jalan jalan dalam tu. Lepas tu ihdam ajak aku tengok wayang tapi sayang ye aku tolak sebab aku tak berapa suka sangat dan dia cakap lah macam ni [ Habis tu awak nak apa? ] aku ajak lah dia masuk POPULAR [ kedai buku ]. Aku cakap [ saya nak novel ] dia pun cakap [ pilih lah ] Jadi aku pun pilih lah mana yang aku suka. Aku tengok satu novel ni macam menarik saja jadi aku ambil lah. Nama novel tu [ Ops! Pintu Hatiku ] jadi dia belanja lah. Lepas tu kita orang pergi makan KFC dan jalan jalan balik. 

Selepas tu, aku pun nak balik tapi hujan lebatlah macam mana nak balik. Kita orang tunggu saja lah sampai hujan sidang sikit. Tunggu punya tunggu perut lapar lah pula kan Idham? Huhu! Dia ajak lah masuk J.Jusco kita orang beli lah DONUTS sebab lama tak makan DONUT. Sudah beli donut kita orang pun keluar lah, Tengok tengok hujan pun dah berhenti kita orang balik lah. Sebelum balik Idham ajak aku pergi rumah dia sebab nak kenal kan aku dengan FAMILY dia. Wow sweet ye kan? Family dia baik baik belaka, aku suka family macam tu. :) 

Habis jumpa family dia kita orang pun balik sebelum balik dari rumah dia. Dia bagi aku POOH, Dia cakap pooh tu dah lama simpan nak bagi dekat seseorang tapi tak jadi. So dia bagi lah dekat aku dan kita orang pun balik. Dalam perjalanan nak balik tu kita orang nampak orang excident. Eeeeeee takut aku tengoknya. Jalan punya jalan ada india mabuk nak terjatuh depan kita orang nasib baik lah tak bawak laju  kalau tak kita orang langgar dia dah. Apa lah orang tu, dah tahu mabuk tak payah lah bawak moto menyusah kan orang lain saja. 

Akhirnya sampai juga dia hantar aku balik. Terima kasih Idham. Maafkan FIFI sebab Fifi Idham buat semua ni. Buat Idham susah susah saja. Maaf kan Fifi. Fifi sayang sangat sangat dekat Idham, Idham jangan tinggalkan fifi tahu. Awak memang sweet :) Kalau tak tadi fifi dah pakai baju Idham dah sebab Idham risau sangat fifi sejuk sebab kena hujan. Huhu! Fifi tahu idham risau sebab tak nak tengok fifi demam kan. Macam tu juga fifi, Fifi tak nak tengok idham demam. FIFI SAYANG IDHAM :) 

Ok lah ni saja cerita fifi hari ni . Kalau tulis panjang panjang kang korang pula tak berbaca. Huhu! Ni pun dah panjang sangat. Ok lah I LOVE YOU U ALL :) yang paling istimewa I LOVE AND  MISS YOU SO MUCH AZRUL IDHAM ADNAN <3 [ Azrul + Fifi : Makan sama sama, Kena hujan sama sama, happy sama sama, sayang sama sama, cinta sama sama, dan sejuk sama sama ]

PERKARA PALING SWEET :
1. Sanggup beli helmet baru untuk Fifi [ aku orang pertama rasmi helmet MHR tu ]
2. Dia bersama dengan Fifi.
3. Makan.
4. kena hujan.
5. Beli apa yang fifi tak sangka.
6. Jumpa family.
7. Dia luahkan perasaan dia dekat fifi.

Spongebob sudah ada teman, Teman dia adalah pooh. 
Spongebob tak ada lah sunyi lagi malam malam :)
Huhu! ok sayang Azrul Idham <3


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post